Thursday 31 January 2019

LADAP Screenbeam Mini 2

Baru-baru ini cikgu dapat sedikit bajet dari sekolah untuk cari gajet. Jadi cikgu telah pilih untuk beli Sccreenbeam Mini 2. Ni alatnya yang berharga sekitar RM 230.


Alat screen mirroring yang amat memudahkan guru memaparkan info pada skrin yang besar (projector) kepada murid. Memang amat mudah guna dan cikgu siap buat LADAP untuk bagi cikgu-cikgu lain tahu dan boleh guna.

Friday 18 January 2019

KIPAS KELAS DI SEKOLAH BISING?

Semalam cikgu masuk beberapa kelas sebab dari jauh ada bunyi bising "besi berlaga" dan seperti sangkaan cikgu, YA kipas di kelas yang bising.. Kesian guru dan murid-murid terpaksa hadap bunyi bising dalam kelas, kalau bunyi kuat sangat, kipas itu ditutup, maka berpanaslah murid-murid..


Cikgu pun apa lagi, masuk bengkel ambil pelincir dan tangga, panjat dan sembur di kipas tu (pastikan kipas berhenti dulu ye).. 2-3 kali sembur OK dah tu. Buka kipas dan YEAY! bunyi bising pun dah hilang. Yang seronok sekali, murid-murid tepuk tangan.. Rasa macam hero pun ada. 😎😎

Nak sembur di mana? Tengok gambar di bawah.



Jadi pelincir apa boleh digunakan? Kalau nak jimat, boleh pergi ke MR DIY, beli yang RM5 untuk botol kecil. Boleh pelbagai guna tau pelincir ni.. Setakat ni, kunci basikal murid yang susah nak buka, cikgu sembur pelincir ni, terus boleh buka.. Murid kira suruh cikgu potong je. haha..

Ok selamat menyelamatkan kipas kelas anda di sekolah dan di rumah!

Thursday 17 January 2019

BANNER GURU & VISI MISI SEKOLAH

Hari ini cikgu nak kongsikan hasil kerja cikgu "design", cetak dan gantung banner di sekolah. Maklumlah, kerja di sekolah bukan sekadar mengajar, tetapi hampir semua benda cikgu-cikgu kena tahu buat. Ye lah, nak ajar ilmu bukan kena tahu 1 ilmu je.
Kali ini cikgu diberi tugasan untuk membuat banner guru dan Visi, Misi sekolah SK Pangkalan TLDM. Gambar guru-guru telah diambil oleh Cikgu Suffi dan tugasan cikgu pula untuk selesaikan bahagian suntingan. Ambil masa 2 hari juga nak siap design, nak tambah pula gambar guru-guru yang tidak hadir. Jadi dapatlah hasil seperti ini.


Banner visi dan misi sekolah pula cikgu gunakan konsep pentas dan "spotlight" untuk dapatkan hasil tumpuan di bahagian tengah.


 Dan banner pun siap dipasang. 2 hari untuk design, 1 hari masa untuk cetak dan gantung.

Jadi itulah hasil kerja tangan cikgu untuk sekolah yang tercinta ni. Kos? Kedua-dua banner ni menelan kos RM 128 dengan ukuran 8x4 kaki setiap satu banner. Harga semasa yang cikgu dapat ialah RM2/kaki persegi di Kedai Syiqah Design Seri Manjung.
Diharapkan anda semua pun dapat idea untuk buat design untuk sekolah. Terima kasih.

Monday 14 January 2019

NAIK TARAF SISTEM PA SEKOLAH

Kebanyakan sekolah masih menggunakan sistem PA (audio) yang menggunakan mikrofon berwayar. Dengan kemajuan teknologi dan globalisasi e-dagang, kita kini semakin mudah untuk mendapatkan perkakas audio dengan harga yang amat murah dan kualiti sederhana dari China.

Baru-baru ni, cikgu telah mebeli satu set PA (mixer + wireless mic VHF) dengan harga si bawah RM 300 di Shopee. Ya! Dengan modal di bawah RM 300, kita dapat menggunakan sistem PA yang lebih canggih dah versatil.
Baik, jadi cikgu telah luangkan masa dengan rakan cikgu, Ustaz Syaibani untuk membuat projek ini dan inilah hasilnya.

 
Jadi di SK Pangkalan TLDM Lumut, kini perhimpunan sekolah, dan apa-apa jua acara boleh menggunakan sistem PA ini. Jadi apa ciri yang dapat digunakan oleh sistem audio yang baharu ini ?
- ada 2 wireless mic VHF (boleh guna dalam jarak 30m)
- ada input USB untuk play audio (mp3)
- ada input bluetooth untuk penyambungan terus dari telefon
- ada kawalan kesan echo, delay untuk mikrofon
- ada tambahan 3 input untuk mic

Semua kawalan berpusat di sebuah tempat sahaja. Jadi tunggu apa lagi? Ayuh! Naik taraf sistem audio di sekolah anda supaya tiada lagi masalah penyimpanan kabel/ wayar mikrofon! 

p/s : Untuk lebih keselematan, anda boleh menempah sangkar besi untuk menyimpan perkakas audio ini dan berkunci.

Saturday 12 January 2019

CUKUR RAMBUT BAYI

Hujung minggu pertama sekolah, selesai je solat jumaat, terus cikgu siap-siap naik motosikal ke Kedah. Perjalanan 310km untuk berjumpa isteri dan anak-anak yang berpantang di kampung mertua. Saja nak kongsi, dengan menaiki motosikal, cikgu hanya gunakan RM15 untuk kos minyak ke Kuala Nerang (1 hala). Kalau naik kereta, kurang-kurang dah habis RM60 untuk 1 hala.

Hari ini cikgu nak kongsikan tips mencukur rambut anak yang baru lahir..
Berbekalkan 2 gunting dan pisau cukur Gillette (seelok-eloknya) yang 3 bilah, proese cukur rambut boleh berjalan dengan mudah. Ramai mak ayah yang "tak berani" nak cukur, tapi cikgu dah kali kedua buat, Alhamdulillah tiada masalah..


Mulakan dengan Bismillah, Gunting dulu rambut yang panjang, kemudian mula bercukur dengan hati-hati. Buat dengan perlahan-lahan ye, ubun-ubun anak masih sangat lembut.
Setelah selesai, boleh tapis rambut guna penapis serbuk teh untuk dapatkan rambut yang dicukur. Tunggu kering dan bolehlah timbang untuk keluarkan zakat untuk nilaian berat emas.
*update : rambut anak kedua cikgu ni beratnya dalam 0.54 gram, kira-kira zakat yang kena keluarkan dalam nilai RM 105.
 
Ok sekian. Selamat beramal.

Friday 11 January 2019

NAK BELI PORTABLE SPEAKER?

Di sekolah, peralatan siaraya yang lengkap akan memudahkan urusan segala majlis dan aktiviti yang ingin dijalankan. Contohnya penggunaan Portable Sperker. Tapi, nak beli mana satu ye yang sesuai untuk digunakan di sekolah?


Hari ini cikgu nak kongsikan sebuah Trolley Speaker yang sesuai digunakan di sekolah. Cikgu nak ceritakan mengenai Flipgear Tango 212wm. Harga di Shopee sekitar RM 200 lebih kurang.
Kelebihan trolley speaker ini :
- kuasa yang kuat (ikut spec 70w) tapi cikgu test dalam 40w, tapi masih kuat, penggunaan 1 dewan tiada masalah
- RINGAN, berat dalam 1.5kg je, sangat ringan untuk kuasa yang ditawarkan
- bateri tahan 4 jam untuk main audio
- ada mode karaoke (echo) jadi boleh layan karaoke sambil-sambil majlis
- ada 1x wireless mic percuma tapi jarak dalam 10-15m je signal yang baik, yang seronoknya mic gunakan hanya bateri AA x 2
- ciri yang lain, ada USB port, micro sd, ada bluetooth dan extra 1 mic slot.

YA! Amat berbaloi untuk harga yang ditawarkan. Sangat sesuai digunakan di sekolah untuk beri pengumuman dan ajar murid muzik, malah boleh main audio untuk senamrobik di padang tau!
Cikgu telah belikan untuk SK Pangkalan TLDM dan sedia digunakan bila-bila masa untuk sesiapa di sekolah.
Jadi, tunggu apa lagi?

Thursday 10 January 2019

ROSAK? NAK BUANG? TUNGGU!

Semalam waktu mesyuarat AJK PIBG sekolah, nak guna mikrofon tanpa wayar (cordless) tapi tak boleh. Ingat rosak dah.. Hari ini ada waktu lapang kejap, cikgu ambil la alat-alat cikgu dan periksa console audio tu..

Ni ha nak bagi tips, kalau apa-apa alat elektrik / elekronik tiba-tiba tak boleh guna, perkara PERTAMA periksa dia punya power adapter / fius.. Sebab apa kadang-kadang power adapter je rosak, terus tak boleh guna, boleh periksa guna "multimeter" untuk kesan kehadiran arus.. Kalau tiada arus, memang power adapter rosak la tu.


Dan sangkaan cikgu tepat! YA! memang power adapater je rosak.. Jadi cikgu order di Shopee power adapter yang baru untuk 12V 1A harga dalam RM10/ unit.. Memang kebanyakan perkakas audio guna kuasa 12V.. Jadi boleh terus guna!

Semoga ilmu ini bermanfaat! Ingat, jangan buang terus tau, periksa dulu! Boleh jimat banyak tau dari beli baru. Hehe..

Monday 7 January 2019

MASUK KERJA DAH


Setelah hampir seminggu cuti, (isteri bersalin dapat la cuti seminggu), kini cikgu kena masuk sekolah semula.. 😆 Banyak projek yang nak buat kini akan dimulakan! Bersama dengan Ustaz Syaibani, ustaz PALING versatile dalam Manjung. Cakap je kerja apa nak buat, set masa, set tempat, PASTI SIAP!


Tuesday 1 January 2019

MUKADIMAH 2019

بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ

Tahun 2019 merupakan tahun yang penting bagi diri cikgu. Mulai Januari 2019 kini cikgu bergelar bapa kepada dua orang puteri. Alhamdulillah, cikgu dikurniakan anak perempuan yang kedua pada tanggal 31/12/2018 jam 4 pm.

Di tahun 2019 juga setelah bertahun-tahun menunggu untuk wujudkan blog, baru sekarang berasa nak buat. Hehe.. InsyaAllah dengan kesempatan yang diberikan, cikgu akan kongsikan pelbagai ilmu yang bermanfaat untuk dunia pendidikan dan dunia teknologi. Doakan cikgu..

Ayuh! Mulakan 2019 dengan azam baru untuk mendekatkan diri kepada PENCIPTA dan majukan diri ke arah lebih baik dan TERBAIK!

NAK TENGOK PENYU HIDUP?

Mungkin masih ada yang belum perasan ada satu pusat pemuliharaan penyu bertempat di Segari, Manjung, Perak. Tempat ini buat masa sekara...