Friday 30 August 2019

BAIKI PENAPIS WATER COOLER SEKOLAH

Mungkin dah tak banyak sekolah yang ada water cooler, tapi di sekolah cikgu bermula 2017 dah dapat 3 set water cooler sumbangan wakil rakyat.
Baru ni jadi kebocoran pada balang penapis luar, habis tergendala rutin murid minum di sekolah. Cikgu pun pergi la survey berapa kos yang perlu nak tukar balang tu..

Rupa-rupanya tak boleh beli balang tu je, kena tukar 1 balang dan penapis di luar sebab tak semua balang yang dikeluarkan "standard". Cikgu dapat harga paling murah RM40 untuk satu set penapis luar.

Nak tukar tu mudah je, tapi kena ada alat la.

 
Tapak balang asal yang dah bocor.

Tapak balang baru yang dah pasang ganti yang lama.

Murid yang lalu lalang masa cikgu tukar balang ni rasa seronok sebab lepas ni ada air semula. 
Alhamduilllah. Seronok mereka gembira.
Anda ada masalah yang sama? Bolehlah kongsi cerita..


Tuesday 27 August 2019

IDEA PENUNJUK ARAH SEKOLAH

Baru-baru ni cikgu dapat "job" untuk buat papan penunjuk arah di sekolah. Cikgu pun bincang dengan beberapa rakan guru dan buat keputusan untuk buat pelan lantai macam di AEON. Hehe..
Jadi cikgu la yang jadi tukang "design". Ni lah desgin pelan lantai tu.


Bila banner dan siap (saiz 3 x 4 kaki), apa lagi projek masuk bengkel RBT la. Untuk papan lapik cikgu guna plywood 6mm dan belakang papan cover dengan aluminium (takut papan rosak tempias air)

Di sekolah ini, papan ni dipasang di 3 lokasi tumpuan orang masuk.



 .
Kos? Yang tu boleh PM cikgu di telegram : Cikgu Basri
Selamat mencuba.


Thursday 8 August 2019

SIRAM POKOK AUTOMATIK

Sejak pindah rumah baru ni, semangat nak berkebun pun makin naik. Tapi masalahnya komitmen nak siram pokok. Jadi cikgu nak kongsi alat dan sistem siraman pokok automatik yang cikgu buat. Murah je kos dia.. Lepas ni tak perlu pening kepala nak siram pokok walau tiada di rumah.

Mula-mula mari tengok barang yang boleh dibeli dari shopee.
1. Pipe dripping untuk ke pokok
2. Water timer
 

Ni pula gambar yang cikgu dah siap "setup" di rumah.

 











Timer tu hanya guna bateri 2 X AAA dan kalau ikut spec boleh tahan sehingga 15000 kali operasi /
set bateri. Boleh set satu hari nak siram berapa kali dan berapa lama.
Elok juga kualitinya.

OK. Selamat mencuba. Jika ada pertanyaan boleh PM cikgu di Telegram : Basri Bakar

Monday 5 August 2019

SET ULANG KAJI UPSR YANG PADU!

Rakan sejawat cikgu, Cikgu Suffi Yusof telah buat satu inovasi yang hebat!
Mana taknya, dia telah manfaatkan Google Form Quiz untuk wujudkan peluang ulang kaji kendiri secara MAYA dan PERCUMA bagi ramai murid di Malaysia dan luar negara. WOW!


Rakan guru yang lain dan murid-murid boleh pergi ke website Cikgu Suffi www.cikgusuffi.com dan ada beberapa set ulang kaji untuk murid UPSR dalam pelbagai subjek. Rugi jika tak cuba!

NAK TENGOK PENYU HIDUP?

Mungkin masih ada yang belum perasan ada satu pusat pemuliharaan penyu bertempat di Segari, Manjung, Perak. Tempat ini buat masa sekara...