Friday 15 March 2019

ALHAMDULILLAH. WAKAF DARI IBU MURID.

Selepas tamat mesyuarat agung PIBG yang lepas, ada ibu yang berhasrat untuk sumbangkan 1 unit kipas untuk sekolah. Esokya, dia hantar ke sekolah dan terus cikgu ajak "GENG" nak tolong pasang.



Lepas siap pasang, jadilah rasa macam HERO sekejap bila anak murid tepuk tangan.
Alhamdulillah. Terima kasih PUAN!

Thursday 14 March 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG 2019

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini berjalan lancar. Terima kasih!


Monday 11 March 2019

MANFAATKAN QR CODE DAN GOOGLE FORM

Tahun ini, selaku SU PIBG, cikgu nak buat penambahbaikan pendaftaran ibu bapa semasa Mesyuarat Agung PIBG menggunakan kemudahan teknologi.
Ya! Dengan integrasikan QR Code dan Google Form penjimatakan kertas dapat dijalankan dengan efisien. Lagi pula, mudah nak rekod dan analisa data.


Jadi ibu bapa yang hadir hanya akan diberikan sekeping kertas ini sahaja (yang dah potong kecil) macam tiket wayang. 😆


Tapi, kena sedia juga dengan borang manual kalau-kalau ada ibu bapa yang tak dapat akses Google Form / QR Code masa hari kejadian.
Jadi, AYUH! Berubah ke arah sistem baharu yang menjimatkan.
Selamat mencuba,

NAK TENGOK PENYU HIDUP?

Mungkin masih ada yang belum perasan ada satu pusat pemuliharaan penyu bertempat di Segari, Manjung, Perak. Tempat ini buat masa sekara...