Saturday, 12 January 2019

CUKUR RAMBUT BAYI

Hujung minggu pertama sekolah, selesai je solat jumaat, terus cikgu siap-siap naik motosikal ke Kedah. Perjalanan 310km untuk berjumpa isteri dan anak-anak yang berpantang di kampung mertua. Saja nak kongsi, dengan menaiki motosikal, cikgu hanya gunakan RM15 untuk kos minyak ke Kuala Nerang (1 hala). Kalau naik kereta, kurang-kurang dah habis RM60 untuk 1 hala.

Hari ini cikgu nak kongsikan tips mencukur rambut anak yang baru lahir..
Berbekalkan 2 gunting dan pisau cukur Gillette (seelok-eloknya) yang 3 bilah, proese cukur rambut boleh berjalan dengan mudah. Ramai mak ayah yang "tak berani" nak cukur, tapi cikgu dah kali kedua buat, Alhamdulillah tiada masalah..


Mulakan dengan Bismillah, Gunting dulu rambut yang panjang, kemudian mula bercukur dengan hati-hati. Buat dengan perlahan-lahan ye, ubun-ubun anak masih sangat lembut.
Setelah selesai, boleh tapis rambut guna penapis serbuk teh untuk dapatkan rambut yang dicukur. Tunggu kering dan bolehlah timbang untuk keluarkan zakat untuk nilaian berat emas.
*update : rambut anak kedua cikgu ni beratnya dalam 0.54 gram, kira-kira zakat yang kena keluarkan dalam nilai RM 105.
 
Ok sekian. Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

NAK TENGOK PENYU HIDUP?

Mungkin masih ada yang belum perasan ada satu pusat pemuliharaan penyu bertempat di Segari, Manjung, Perak. Tempat ini buat masa sekara...