Monday 10 February 2020

NAK TENGOK PENYU HIDUP?

Mungkin masih ada yang belum perasan ada satu pusat pemuliharaan penyu bertempat di Segari, Manjung, Perak. Tempat ini buat masa sekarang tengah dalam proses naik taraf bangunan, tapi masih lagi menerima pengunjung untuk melihat penyu secara dekat.

Kalau ada rezeki boleh pegang tau penyu tu!
Cikgu dan keluarga boleh kata setiap tahun mesti ada 2-3 kali datang ke sini sebab anak ajak nak tengok penyu.

















Pusat penyu ni juga menerima kunjungan secara berkelompok. Jadi bolehlah buat lawatan sekolah, kelab dan trip family. Jadi tunggu apa lagi! Tak perlu ke Terengganu, di Manjung pun boleh tengok penyu..

Thursday 30 January 2020

MOUSE + KEYBOARD YANG SANGAT SERONOK

Pernah tak kadang-kadang dalam kelas semasa guna projektor, anda perlu balik semula ke laptop untuk tekan next slide atau "edit" maklumat dalam slide secara terus.

Hari ini cikgu nak kongsikan mengenai keyboard + mouse yang sangat berbaloi untuk dimiliki. Dengan harga serendah RM 20, anda boleh dapat kebebasan untuk mengawal peranti windows, android secara jarak jauh sehingga 10 meter dengan selesa dan bergaya!




I8 Wireless Keyboard boleh dibeli di shopee / lazada. Dalam alat ini ada UBS receiver plug and play je.. Memang senang nak guna, dan bateri pun dah siap bulit in rechargeable. Nak cas pun guna cable charger phone micro USB je..

Senang cerita memang berbaloi. Buat anda yang baru terfikir nak beli presenter / wireless mouse, boleh pertimbangkan untuk beli alat ni!

Friday 17 January 2020

LDP TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Assalaamualikum pembuka bicara 2020.. Tahun ini cikgu diberi amanah oleh pihak sekolah untuk memperkenalkan penggunaan alatan teknologi dalam PdPc kepada semua guru sekolah dalam sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di sekolah.

Untuk memudahkan kefahaman, cikgu hadkan setiap slot LDP kepada 10 orang guru setiap slot supaya mudah sesi soal jawab berlangsung.
Antara isi perkongsian kali ini ialah :

Pengunaan alatan dalam teknologi pendidikan :
1. Screenbeam Mini 2
2. Visualiser
3. Tablet Windows 10 Joi 10 Pro + Active Pen

Integrasi Perisian dalam PdPc:
1. Microsoft One Note
2. Microsoft Connect - untuk jadikan portable visualiser dan casting telefon pintar


Ramai guru yang baru pertama kali sedar kewujudan Microsoft Connect dalm Windows 10 dan bagaimana memafaatkan perisian ini untuk tujuan pendidikan.
Baik itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Harap anda semua mendapat manfaat.
Untuk pertanyaan boleh DM cikgu di : Cikgu Basri

Saturday 4 January 2020

PENGECAS BATERI YANG TERBAIK!

Salam rakan-rakan semua. Jika anda cari pengecas bateri silinder (rechargeable), boleh beli jenama XTAR ni.
Kelebihan
- caj pantas 0.5A minima (charger biasa 0.1A)
- boleh cas laju 1A, jika 2 bteri sahaja dicaj
- boleh kenalpasti bateri rosak, dan cuba hidupkan bateri mati
- boleh caj pelbagai saiz
- caj bateri dgn laju, selamat, dan tidak panas
- auto cut, bila dah penuh, bateri tidak akan overcharge.


























 Harga di Shopee (Sah ORI) dalam RM 60 sahaja..

Friday 22 November 2019

PAPARAN SECARA LANSGUNG HAC SEKOLAH

Harini cikgu nak berkongsi cara membuat rakaman pelbagai input menggunakan perisian VidBlaster!
Siaraya adalah perkara yang penting di dalam sesebuah majlis. Setelah membuat beberapa pencarian, cikgu dah jumpa satu perisian yang mudah digunakan dan dapat ouput yang menarik. Boleh tengok di bawah ni contoh video program semasa HAC sekolah cikgu.

Rakaman ini menggunakan sambungan kepada 2 kamera iaitu Yes Altitude dan DJI Osmo. Semua kamera disambung menggunakan wifi dari kamera ke komputer. Sambungan menggunakan wifi kadang-kadang kurang stabil kerana terlalu banyak gangguan dari frekuensi lain dan bangunan yang banyak. Anda boleh menambah seberapa banyak input kamera berwayar secara USB dan boleh digunakan dalam perisian VidBlaster ini.. Sebarang pertanyaan boleh PM cikgu di Basri Bakar untuk maklumat lanjut.. Selamat mencuba!

Friday 30 August 2019

BAIKI PENAPIS WATER COOLER SEKOLAH

Mungkin dah tak banyak sekolah yang ada water cooler, tapi di sekolah cikgu bermula 2017 dah dapat 3 set water cooler sumbangan wakil rakyat.
Baru ni jadi kebocoran pada balang penapis luar, habis tergendala rutin murid minum di sekolah. Cikgu pun pergi la survey berapa kos yang perlu nak tukar balang tu..

Rupa-rupanya tak boleh beli balang tu je, kena tukar 1 balang dan penapis di luar sebab tak semua balang yang dikeluarkan "standard". Cikgu dapat harga paling murah RM40 untuk satu set penapis luar.

Nak tukar tu mudah je, tapi kena ada alat la.

 
Tapak balang asal yang dah bocor.

Tapak balang baru yang dah pasang ganti yang lama.

Murid yang lalu lalang masa cikgu tukar balang ni rasa seronok sebab lepas ni ada air semula. 
Alhamduilllah. Seronok mereka gembira.
Anda ada masalah yang sama? Bolehlah kongsi cerita..


Tuesday 27 August 2019

IDEA PENUNJUK ARAH SEKOLAH

Baru-baru ni cikgu dapat "job" untuk buat papan penunjuk arah di sekolah. Cikgu pun bincang dengan beberapa rakan guru dan buat keputusan untuk buat pelan lantai macam di AEON. Hehe..
Jadi cikgu la yang jadi tukang "design". Ni lah desgin pelan lantai tu.


Bila banner dan siap (saiz 3 x 4 kaki), apa lagi projek masuk bengkel RBT la. Untuk papan lapik cikgu guna plywood 6mm dan belakang papan cover dengan aluminium (takut papan rosak tempias air)

Di sekolah ini, papan ni dipasang di 3 lokasi tumpuan orang masuk.



 .
Kos? Yang tu boleh PM cikgu di telegram : Cikgu Basri
Selamat mencuba.


NAK TENGOK PENYU HIDUP?

Mungkin masih ada yang belum perasan ada satu pusat pemuliharaan penyu bertempat di Segari, Manjung, Perak. Tempat ini buat masa sekara...