Semalam cikgu masuk beberapa kelas sebab dari jauh ada bunyi bising "besi berlaga" dan seperti sangkaan cikgu, YA kipas di kelas yang bising.. Kesian guru dan murid-murid terpaksa hadap bunyi bising dalam kelas, kalau bunyi kuat sangat, kipas itu ditutup, maka berpanaslah murid-murid..
Cikgu pun apa lagi, masuk bengkel ambil pelincir dan tangga, panjat dan sembur di kipas tu (pastikan kipas berhenti dulu ye).. 2-3 kali sembur OK dah tu. Buka kipas dan YEAY! bunyi bising pun dah hilang. Yang seronok sekali, murid-murid tepuk tangan.. Rasa macam hero pun ada. 😎😎
Nak sembur di mana? Tengok gambar di bawah.
Jadi pelincir apa boleh digunakan? Kalau nak jimat, boleh pergi ke MR DIY, beli yang RM5 untuk botol kecil. Boleh pelbagai guna tau pelincir ni.. Setakat ni, kunci basikal murid yang susah nak buka, cikgu sembur pelincir ni, terus boleh buka.. Murid kira suruh cikgu potong je. haha..
Ok selamat menyelamatkan kipas kelas anda di sekolah dan di rumah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NAK TENGOK PENYU HIDUP?
Mungkin masih ada yang belum perasan ada satu pusat pemuliharaan penyu bertempat di Segari, Manjung, Perak. Tempat ini buat masa sekara...

-
Hari ini cikgu nak kongsikan hasil kerja cikgu "design", cetak dan gantung banner di sekolah. Maklumlah, kerja di sekolah bukan se...
-
Tahun ini, selaku SU PIBG, cikgu nak buat penambahbaikan pendaftaran ibu bapa semasa Mesyuarat Agung PIBG menggunakan kemudahan teknologi. ...
-
Baru-baru ni cikgu dapat "job" untuk buat papan penunjuk arah di sekolah. Cikgu pun bincang dengan beberapa rakan guru dan buat ke...
No comments:
Post a Comment